Sunday, 4 December 2011

Rindu Motor ;(


Hari nie aku gembira sangat!
Pagi-pagi lagi dia dah mesej aku.
Semangat dia nak bagi tahu result dia..
Hari nie merupakan hari di mana result final exam sem lepas keluar..
Excited tuuuu~~

Alhamdulillah..
Result aku OK!
Tapi CGPA aku TURUN sebanyak 0.030
Sebelum nie CGPA aku 3.377
Disebabkan turun,
Jadi laa 3.347
Aku dapat 3 B+, 1 B- dan ade 1 A
Tapi yang A tu aku tak bangga pun
Sebab subjek ibadah camp
Tu bukan subjek sebenarnya..
Tapi adalah camping wajib bagi2 budak kolej aku
Lecturer kami sendiri yang akan menilai attitude kitorang sepanjang camping tersebut berjalan
Hurmm...kalau dapat A tu, makna nye attitude aku baik!
Huhu ^^'

OK!
Berbalik kepada title aku di atas tu...
Aku rindu nak bawak motor..
Aku tak reti bawak motor capuk..
Aku reti bawak motor skuter yang jenama EGO jee..hee =p
Sejak ayah aku belikan motor untuk mak aku,
Aku la orang pertama yang rasmikan nye..
Dan aku jugak la orang pertama bagi calar kat motor tu..
HAHA ^^''

Mana tak nye..
Maen redah je bawak
Tak pernah2 ade peluang bawak motor, excited terlebih..
Naek je motor, jalan straight ok dah..
Tetibe time nak U-turn tu,
EH! Terjatuh lak...haha
Nasib baek takde sape kecuali family aku je time tu
Pastu, practice punye practice,
Aku la yang conquere motor tu...
YEAAAHHH!!!

Untuk beberape ketika,
Motor tu jadi hak milik aku
Sebab mak aku takut nak bawak pada beberape bulan pertama..
Jadi aku pun ke hulu ke hilir dengan motor MAK aku...
Bawak adik2 aku jalan..
Kadang2 aku pi bantai naek bertiga.
Tu pun aku bawak senyap2..
Satgi kena bebel..
Huhu ;p

TAPI,,,,
Waktu akhir form 4, 
Aku disahkan appendik, dan terpaksa di bedah..
Sejak tu, aku dilarang bawak motor
Sedih nyeee ='(
Bila ngadu kat ayah, ayah kata
"Pergi la pujuk mak kau tu kalau nak bawak motor, kalau dia bagi, dapat laa"
Tapi sekarang aku da 20 tahun,
Still mak tak bagi kebenaran untuk aku bawak motor..
Aku bukan nak bawak jauh pun,
Setakat nak pi kedai runcit jee.
Hurm =(

Aku nak naik motor!!
EH!
Silap..
Aku nak menunggang motor..
Yeah..baru betul..huhu =p
<ye ke betul -.-''>

Ermm..takpe laa
Sekarang aku tengah dalam proses untuk dapatkan lesen kereta..
Nanti aku nak conquere kereta plak...
YAHHHOOOO!!!!
Tak sabar nyee ^.^

RinDu HouseMates Ku... ;(


Saya nak bercerita pasal housemates saya..
Sebenar nye dah ramai yang jadi housemates ku...
Tapi tak ramai yang kekal dengan kami..
Aku pun sebenarnye bukan satu housemates dengan diorang
Untuk 2 minggu pertama masuk ke kolej
Namun aku ambik keputusan untuk stay dengan diorang

Housemates yang paling lama dan kekal sampai sekarang adalah..
Shazwanie n Khairin 'Atira..
Super Duper Senior ^.^
Satu lagi yang lama adalah Nurshafiqha..
Dia pun dah habis sekarang...
^.^
Muka nampak cam garang jee..hee..
Tapi dia pemalu orang nya dan sangat comel.. ^^'
Kemudian datang pula Aku dan Azie..
Nama kami berdua sama..
Cuma ejaan laen, dan aku ada Siti..
Aku Siti Nadzirah...Dia pulak Nazirah..

Di sebelah kiri adalah Nazirah atau kami panggil dia Azie :D
Kami la SENIOR!!! (_ _!!)
Kemudian datang pulak 3 orang junior..
Diorang laaa pelapis kitorang...
Nuramila Fathin, Nur Fatin Najwa dan Nadia..

Ini Mila dan Najwa ^^
Gambar Nadia aku tak dapat nak pamerkan..
Sebab gambar yang ada dalam simpanan ku,
Gambar dia x berpurdah..
Dia laa satu2nya housemates ku yang pakai purdah..
Dia masih baru lagi pakai purdah..
Alhamdulillah..

Ok..sekarang gambar kami satu housemates pulak..
Gambar nie aku da edit..
Aku buat gambr nie seolah-olah Nadia pakai purdah..
Yang pakai purdah tu Nadia laa ^_^
Nie la KAMI!!
B-1-4 Housemates
Kenapa B-1-4???
Kerana itu adalah bilik hostel kami
Kami duduk kat hostel
Di Apartment Puteri Batu 4, Gombak..
Kami duduk di blok belakang, tingkat 1, rumah no.4

Tapi kini, bilik itu hanya kenangan..
Kami semua sudah keluar dari bilik tu..
Dan kami semua sudah berpisah..
Ada yang dah habis semester..
Namun bagi yang belum habis,
Mereka terpaksa berpindah sebab ada masalah dengan hostel kami..
Sedih nyee :"(

Semoga berjumpa lagi geng!
Miss you gurlz a lot!!

Sunday, 27 November 2011

Arggghhh!!! Benci Benci Benci!! (_ _!!)


Aaaarrggghhhh!!!
Benci Benci Benci!!

Kenape???

Sebab aku sakit gigi laaa!!!
Sejak aku cabut gigi beberapa bulan yang lepas,
Gigi aku mula jadi sensitif..

Hari nie pulak aku rasa berdenyut2 je bahagian situ..
Tension nye!!
Kejap dia datang..
Kejap okay..
Tapi satu benda je yang aku tahu..
Bila aku mengunyah, tak rasa sakit..
Takkan la sepanjang masa nak mengunyah??
Bile aku senyap, mula la sakit tu datang balik..
Aiyyooo!!
Pelik nya -.-''

Malam tadi nak tido pun rasa stress jee..
Ya Allah...

Jangan laa malam nie sakit gigi nie ganggu aku lagi..


Saturday, 26 November 2011

RaNcAnGaN ^.^


Sudah sekian lama aku habis study sebenarnya
Sejak 15 November 2011...
Tapi baru peringkat diploma laa
Result dijangka keluar pada 14 December 2011..
Lambat lagi -.-''

Ramai yang tanya, lepas habis diploma nak buat ape..
Waktu mula-mula masuk kolej dulu, 
yang terfikir kat kepala adalah untuk terus sambung belajar 
sampai peringkat yang paling tinggi
Namun setelah habis diploma,
yang dalam kepala adalah untuk dapatkan lesen dan bekerja...

Sepatutnya hari nie aku da start sertai kursus utk ambik lesen..
Tapi aku ter-overslept lak...HAHA ^^'
So, tunda la aku g kursus tu...
Maybe esok ataupun hari rabu minggu depan..
Apesal la kursus tu start kul 9??
HAHA...sah pemalas! (_ _!!)

Mengenai kerja..
Sebenarnya pakcu ada offer kerja
Tapi kerja tu perlukan aku masuk hutan la pulak
Gaji lumayan jugak bagi lepasan diploma..
Tapi ayah aku tak bagi..
Apa boleh buat..

Kemudian kawan ayah aku ada bagi tahu ade 1 tawaran kerja
Tapi dia perlukan orang yang ada pengalaman
Emm..jadi bagi mengatasi problem tu,
Ayah aku suruh edit dia punya akaun..
Tapi sampai sekarang dia tak bagi lagi kerja tu kat aku..

Sekarang aku terkial-kial..
Tak tahu nak buat ape..
Bosan la pulak duk kat rumah je..
Ayah pulak da makin jarang kat rumah..
Nak bincang dengan dia..
Nie la kalau anak ayah..
Semua mesti tanya ayah...
Tapi ok what! 
^_^

So, we will wait n see..
Nanti aku akan update, ape yang aku akan buat..
Tapi rasa nye, mesti settle kan lesen dulu...hee ^.^


Friday, 25 November 2011

Wayang + Secret Recipe + Tutti Frutty ^.^


Pada tarikh 23/11/2011-hari rabu
Dating bersama Mila dan Ezzah..

Rancangan telah di buat pada 21hb..
Mila menjadi org tengah antara kami...
Mila merupakan ex-housemates ku ketika di kolej, 
manakala Ezzah merupakan ex-schoolmates Mila.

Pada hari kejadian, yakni hari rabu..
Ezzah menjadi driver kami..
Dia yang menjemput aku dan Mila...
Dia pada waktu tu, sudah pun membeli tiket wayang.
Sebab sebelum menjemput kitorang, 
dia terpaksa ke Hospital utk menghantar makcik nya
Memandangkan hospital tu berada bertentangan dgn tempat kami tengok wayang,
dia terus belikan tiket sekali..
Tempat tujuan kami adalah Jaya Jusco Cheras Selatan

Tiket wayang yang di beli adalah "AKU BUKAN TOMBOY"


Kami telah masuk lewat lebih kurang 20 minit selepas wayang tersebut ditayangkan
Cerita tu sangat menarik...
Dua jejaka di dalam cerita nie, bagiku sangat comel!!
Huhu.. =p

Selepas tengok wayang, 
Aku menuju ke POPULAR untuk mencari beberapa buah novel
Manakala Mila dan kawannya pergi mencari kedai jam..
Selepas tu, kami berkumpul di Secret Recipe

Yummy *Secret Recipe*

Nie la dia Mila dan Ezzah
Sorang satu tu kek Secret Recipe...Muak beb..huhu -.-'
Selepas tu, Ezzah terpaksa ke hospital untuk melihat mak nye..
Jadi aku dan Mila ke Foodcourt sebab Mila lapar nasi..
Aku yang pada mula nye taknak makan,
terpaksa jugak makan sebab Mila paksa dan sanggup belanja aku 
sebab nak aku makan bersamanya..

Selepas Ezzah selesai tugas Ezzah,
Kami gerak ke Tutti Futty Lake Valley...
Kami hanya beli 1 cawan, dan share bertiga..
Masa tengah makan2 tu,
Kami melihat ade 1 group pelajar perempuan masuk untuk menikmati tutti futty jgk..
Wah, setiap sorang 1 cawan...
Banyak betul duit diorang..
Da la amek banyak2..
Ternganga kami dengar harga diorang punya tutti frutty..
Ade yang RM22, ade yang RM32...
Banyak betul duit... (_ _!!)

Hanya RM11... ^.^

Selepas selesai kami menjamah Tutti Frutty,
kami pun pulang...
Thanx my girl coz bring hangout together with u gurls... ^_^


*Sebenarnya tengah takde mood nak bercerita...
Jadi nie je yang mampu aku ceritakan dengan mood yang tak stabil nie -.-'


CeRiTa Si PengGunTinG RamBuT ^.^


Cerita yang memberi pengajaran kepada kite..
Bacalah... ^.^



Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnye yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita.
Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

"Tuhan nie wujud ke?" 
Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat menjawab, 
si penggunting rambut menyambung percakapannya.

"Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana sini berperang. 
Asyik bergaduh sahaja di mana-mana.." 
Adu si penggunting rambut.

"Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!" 
Sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

"Tuhan tu ada." 
Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut
itu dengan gunting tajam di tangannya.

"Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!" 
ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar,
si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

"Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua 
di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?" 
Tanya lelaki itu.

"Ya, saya nampak. Kenapa?" 
Si penggunting rambut bertanya kembali.

"Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonohkan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?" 
Lelaki itu meminta pandangan.

"Ya, betul. Saya setuju." 
Si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

"Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?"
 Tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan 'istimewa' kepada si penggunting rambut.

"Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni." 
Si penggunting rambut menafikan.

"Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan 
pakcik tua itu tidak tersusun misainya?" 
Lelaki tersebut bertanya kembali.

"Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. 
Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas." 
Jawab si penggunting rambut.

"Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya 
peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah
 di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. 
Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak 
mahu 'berjumpa' dengan Tuhan." 
Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

"Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan.Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui KitabNYA 
iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. 
Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan 
diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. 
Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari 
lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe..."


"Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?" 
Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.


"Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. 
Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti..hehe. 
Tapi, Alhamdulillah encik tak marah, malah dapat
menerima penjelasan saya." 
Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut
itu turut tertawa juga.




*Janganlah kita selalu mempertikaikan kewujudan TUHAN kita yakni ALLAH S.W.T  ^.^
(= saya hanya kongsi apa yang saya jumpa =)



Sunday, 20 November 2011

3 soalan 1 penampar ;)


Pertama sekali saya minta maaf
Sebab saya ambik ayat nie

Berbalik kepada tajuk di atas ,
3 soalan dengan 1 penampar
Jawapan dengan Tamparan

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan2 saya ?
Imam : Saya hamba Allah dan dgn izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda .
Pemuda : Anda yakin ? Sedangkan professor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan .

1.Kalau memang Tuhan itu ada , tunjukkan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir ?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api , kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api , 
tentu tidak menyakitkan buat syaitan . Sebab mereka memiliki unsur yang sama .

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu ?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya ? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah . Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan 
yang anda ajukan kepada saya .
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tak mengerti . 
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya ?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit . 
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada ?
Pemuda : Ya !
Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu !
Pemuda : Saya tidak boleh . 
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama . Kita semua merasakan kewujudan Tuhan
tanpa mampu melihat wujudnya . 
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya ? 
Pemuda : Tidak . 
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini ?
Pemuda : Tidak .
Imam : Itulah yang dinamakan takdir .
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda ?
Pemuda : Kulit .
Imam : Terbuat dari apa pipi anda ? 
Pemuda : Kulit .
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya ? 
Pemuda : Sakit .
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api , 
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
yang menyakitkan untuk syaitan . 

*Sahabat , Mari kita duduk , beriman sejenak ya*
=)


Sunday, 13 November 2011

Kawan BTHO ^.^


10/11/2011

Pada tarikh ini, aku berjumpa dengan kawan2 sekolah ku yang telah lama tak kutemui
Aku jumpe Zeyra, Zana, Sara, Aizat, Saafuan n Rizwan
Memang setiap kali jumpa ramai2, mesti dengan diorang...
Ramai lagi sebenarnya..
Tapi ade yang kat kolej, ade yang kerja..
So, clash..
Tak dapat la nak kumpul semua
Sedih jee -.-''

Kami mula2 berkumpul di McD 
Memang tempat paling strategic utk berjumpa..
Huhu ^^'
Kami makan2, borak2...
Pastu ayat yang asyik keluar,
''Lepas nie nak pergi mana??''
Haha..nie la akibat kalau takde plan..hee

Sara, Me n Zana
Sara, Me n Zeyra
Nie la perempuan yang ade.. ^^

Dok leka maen game -.-''

Jadi kami ke Lake Valley
Aizat dengan semangatnye beli sebungkus roti gardenia yang besar utk bagi ikan makan.
HAHA...lawak je.. 

Aizat semangat dgn roti nyeee...huhu ^.^

Lake Valley

Lepas selesai bagi ikan makan,
Kami ke Tutti Frutti pulak ^^

Nyum Nyum ^.^
Selepas tu, kami ke surau untuk solat 
Sebab rancang nye nak balik lambat..
Habis solat kami ke Jaya Jusco utk berkaroeke..
Last2 x jadi..
Sebab nye mahal sangat
Last2 kami pergi JJ tu hanya utk ke toilet je...
HAHA (_ _!!)

Pape pun, memang enjoy giler laaa..
Laen kali kena buat rancangan..
Huhu ^.^'


LAsT HaNgOuT WiTh B-1-4 ;(


29/10/2011

Hari Terakhir Aku Hangout dgn Housemates Aku (B-1-4)
Hanya 7 orang je yang join berbanding 8 orang yang sepatutnye..
Tapi ape boleh buat, yang sorang lagi tu ade hal laen
Malas nak cerita banyak...aku nak selitkan gambar jee..huhu


Junior yang suka bergambar ^^'

Wawa, Wanie n Mila

Kami la senior!! ^.^

nie la dia housemates ku, ^^
sorang je tak dapat ikut -.-'

Kat escalator pun jadi (_ _!!)


 *banyak lagi gambar sebenarnya
nanti ade masa, tambah lagi ^.^


MISS YOU GURLS SOOOO MUCCHH!!! 


Saturday, 20 August 2011

gangguan??


sejak beberape ari nie, housemates ku ade je yg kena ganggu...
bulan2 puasa mcm nie pun boleh kena ganggu ke?


kisah semalam :
sorang housemates ku nak naek bilik..
bilik kitorg kat tingkat 1 je, so dia tekan la lif tu no.1
tapi yg peliknye lif tu naek smpai tgkat 7
time kat tgkat 7 tu, xde sape pun yg naek...
pstu lif tu turun plak ke tgkt 5..
pun same, xde sape yg naek...
lif tu turun lagi....
kali nie ke tgkat 3 plak..
bile kat tgkat 3 nie, ade sorang junior yg mmg kitorg kenal tegur dia
setelah di tegur, baru dia se-akan2 sedar yg dia dr td dlm lif..
pastu, baru dia turun ke tgkat 1 dimana bilik kitorg berada.


yang pelik nye di sini, 
nak di jadikan cite,
kami contact adk junior nie..
tanya dia sekiranye dia ade naek lif dr tgkat 3,
sbb setahu kami, dia xde pun kawan kat tgkat 3 dan bilik dia di tingkat 5..
dia kata, dia ade nampak housemate ku ini...
tapi dia kata yg housemates aku nie naek lif dr tgkat 3...
haih??? kepelikan melanda...


ape yang brlaku sbnr nye???
housemate ku plak x taw nak ckp ape...
sebab dia kata time dia masuk je dlm lif tu, dia terasa mcm x ingat ape2..
blur semacam...


time puasa mcm nie pun boleh ade gangguan mcm tu ke?